May 26, 20221 min

Adam Adli disiasat perhimpunan al-Quds

Adam Adli Abd Halim (gambar, tengah) disiasat polis semalam kerana menghadiri himpunan Hari al-Quds hujung 29 April lalu.

Menurut peguam beliau, Kamil Munim (gambar, kiri), Adam yang juga calon Ketua Angkatan Muda KEADILAN pusat itu dipanggil ke IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk memberi keterangan mengenai perhimpunan yang diadakan di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

"Pihak PDRM telah membuka kertas siasatan terhadap Adam Adli di bawah seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan juga peruntukan di bawah Akta Penyakit Berjangkit 1988.

"Adam Adli memberikan kerjasama yang baik terhadap pihak polis sepanjang proses soal siasat dijalankan. Soal siasat diadakan dalam tempoh kurang lebih 30 minit," katanya.

Kamil juga merupakan calon Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN pusat dalam pasukan Adam.

    1