Oct 24, 20221 min

10 Kebimbangan Jika BN Kembali Berkuasa

Oleh: Hassan Abdul Karim

ULASAN: Pertama: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri;

Kedua: Institusi Kehakiman dan Peguam Negara dikawal serta dilemahkan;

Ketiga: Najib dibebaskan dari Penjara dan Zahid Hamidi bebas dari pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa;

Keempat: Malaysia akan mencontohi kegagalan Sri Lanka. Rasuah berleluasa dan kehancuran tatakelola urusan negara;

Ekonomi gagal dipulihkan

Kelima: Ekonomi gagal dipulihkan. Kos Sara Hidup terus meningkat. Nilai Ringgit semakin jatuh, inflasi naik melonjak, bekalan makanan terputus, pelaburan langsung asing (FDI) semakin merosot, hasil negara berkurang tetapi hutang negara yang kini lebih RM1 trilion terus meningkat;

Keenam: Malaysia akan jadi Negara gagal dalam semua segi. Politik tidak stabil kerana dasar pecah perintah menggunakan isu kaum dan agama;

Ketujuh: Perang melawan Rasuah terbantut. Badan Perundangan (Parlimen), Badan Kehakiman dan Badan Eksekutif akan dikawal. Prinsip pengasingan kuasa dilumpuhkan;

Genreasi muda jadi mangsa

Kelapan: Generasi muda menjadi mangsa. Gelap masa hadapan kerana prospek ekonomi yang malap, peluang pekerjaan suram, pembangunan yang mampan dengan peluang gaji tinggi tidak dapat direalisasi;

Kesembilan: Malaysia akan terus tercicir dalam persaingan sengit di peringkat rantau ASEAN dan global dalam bidang ekonomi, sosial, Pendidikan dan pemeliharaan alam sekitar yang lestari; dan

Kesepuluh: Usaha membina kesatuan Rakyat dalam sebuah negara demokratik serta berintegriti, makmur dan penuh harapan untuk menghadapi masa hadapan tidak mungkin tercapai;

Kesimpulan: Di bawah Kerajaan BN yang terlibat dengan gejala kleptokrasi, korupsi di peringkat tertinggi,rasuah dan hilang integriti, pecah amanah dan salah guna kuasa berdekad-dekad lamanya hanya akan mengheret Malaysia dan rakyatnya ke jurang kehancuran, gelap dan membinasakan.

Sekarang adalah masa yang tepat untuk Rakyat Malaysia membuat keputusan.

______________________________________________________________________________

Penulis merupakan penyandang kerusi Parlimen Pasir Gudang

    1